TUJUAN PERLAKSANAAN SISTEM RUMAH SM SAINS LABUAN

  • Memupuk semangat perpaduan dan kekitaan serta jalinan silatul rahim di kalangan pelajar melalui pendekatan bersepadu dibawah satu bumbung.
  • Membangunkan kesedaran darjah emosi (EQ) adalah berbeza antara para pelajar yang terdiri daripada kepelbagai seperti etnik, kaum, budaya, negeri, status sosio-ekonomi dan kepercayaan.
  • Melahirkan insan yang bersahsiah dan berdisiplin tinggi bagi membangunkan imej jati diri pelajar yang bermaruah, cemerlang, gemilang dan terbilang.

 

MATLAMAT PERLAKSANAAN SISTEM RUMAH SM SAINS LABUAN

Hala tuju perlaksanaan sistem rumah Sekolah Menengah Sains Labuan mengenengahkan matlamat melahirkan pelajar yang mampu berdikari dan memimpin di samping mempunyai kesaimbangan dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani, serta bersahsiah  mulia.

Hasrat ini juga bertujuan untuk meningkatkan pembangunan dan perkembangan diri pelajar dalam pelbagai aspek pembentukan sikap, watak yang beretika dan estetika serta mempunyai daya kempimpinan yang tinggi, sentiasa bersikap proaktif, inovatif dan kreatif bagi membina potensi individu ke arah kecemerlangan, kegemilangan dan seterusnya terbilang.

 

OBJEKTIF PERLAKSANAAN SISTEM RUMAH SM SAINS LABUAN

Melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum, kepimpinan yang berketerampilan serta berkeperibadian yang tinggi menerusi usaha yang berterusan untuk:

  • Membimbing dan memimpin para pelajar agar berjaya dalam akademik, kokurilulum, sahsiah serta daya kepimpinan yang tinggi.
  • Mewujudkan persekitaran kondusif dan budaya yang mapan, supaya perlaksanakan  program pendidikan dapat dijalankan dengan jaya.
  • Membantu dan memimpin pelajar kearah pembentukan sahsiah serta beretika tinggi, memiliki jati diri yang teguh berteraskan ajaran agama bersesuaian dengan norma masyarakat.
  • Mewujudkan dan memupuk semangat sentiasa cintakan sekolah, semangat juang yang tinggi serta sanggup berkorban demi mengharumkan nama sekolah.
  • Mewujudkan interaksi serta intergrasi kaum yang pelbagai latarbelakang budaya, sosio-ekonomi dan negeri.
  • Melahirkan insan yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap warga sekolah dan harta benda sekolah sebagai harta hak milik bersama.
  • Mewujudkan dan membentuk sifat yang berdikari dan bertanggungjawab dalam pengurusan rumah sebagai sebuah organisasi kecil dengan mengamalkan bentuk pentadbiran yang tersusun.