PENGENALAN SISTEM RUMAH

Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL) merupakan sekolah berasrama penuh yang terletak di Wilayah Persekutuan Labuan, Pulau Mutiara yang terletak berhampiran dengan Negeri Sabah. Sekolah ini terletak di Kampung Sungai Pagar iaitu 17 km dari bandar Labuan. Kedudukan berhadapan dengan Laut China Selatan dengan pantai yang bersih dan nyaman. SMS Labuan berjiranan dengan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan, W.P. Labuan.

Dengan berkonsepkan pendidikan untuk semua lagi terpilih, populasi pelajar SMSL adalah terdiri daripada golongan remaja pelbagai kaum dan etnik di Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan yang perlu dididik dan dibimbing untuk mencapai keseimbangan intelek, sosial, jasmani dan rohani selari dengan Falasafah Pendidikan Kebangsaan.

Kemudahan infrastruktur yang terdapat dan disediakan ialah: 5 buah blok akademik, sebuah dewan besar, sebuah bengkel Kemahiran Hidup, 4 blok aspura, 2 blok aspuri, sebuah dewan makan, 3 blok flat guru, 2 blok rumah staf sokongan, sebuah rumah pengetua, 2 unit rumah penolong kanan, sebuah stor, sebuah balai pengawal, padang dan gelanggang permainan.

Seterusnya perlaksanaan sistem rumah yang diamalkan di semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan khususnya di  SMS Labuan diharapkan akan dapat memartabatkan SMS Labuan pada masa depan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah SBP, serta Falsafah SMSL sendiri demi memacu SMSL sebagai sebuah institusi pendidikan yang mendepani sekolah – sekolah berasrama penuh yang lain dari segala aspek.