Kokum

Cabaran Angkasawan Zon W.P Labuan 2010

Posted by kokum.smsl on August 19, 2010 at 8:56 pm

Penganjur : Kementerian Sains , Teknologi dan Inovasi Malaysia(MOSTI) Tarikh : 10 Julai 2010 (Sabtu) Tempat : Dataran Labuan dan Ujana Kewangan, WP Labuan Cabaran Larian 3.5KM Angkasawan Zon WP Labuan telah disertai oleh 24 warga SM Sains Labuan iaitu 20 orang murid dan 4 orang guru. Wakil daripada SM Sains Labuan diketuai oleh En. [...]

Larian LOFSA W.P Labuan 2010

Posted by kokum.smsl on August 19, 2010 at 8:47 pm

Pada 31 Julai 2010, SM Excel telah menghantar seramai 27 orang pelajar dan 5 orang guru untuk mewakili sekolah dalam acara larian LOFSA 2010. Mohd Nurherman Manan telah mendapat tempat ke-4 dalam acara larian tersebut dan memenangi wang tunai sebanyak RM250. Manakala semua peserta lain telah berjaya menamatkan larian LOFSA sejauh 8km tersebut dengan jayanya.

Pertandingan EXPLORACE Kelab & Persatuan SMSL 2010

Posted by kokum.smsl on June 30, 2010 at 11:35 am

Pada 30 Jun 2010, Unit Kokurikulum di bawah kelolaan Penyelaras Kelab dan Persatuan iaitu Pn. Asih Fathikin binti Sunarto dan penolong Penyelaras, Pn. Jurizah binti Jali telah menganjurkan Pertandingan Explorace 2010. Tujuan pertandingan dianjurkan adalah untuk menguji dan meningkatkan daya fikiran yang tinggi dan kreativiti murid. Sebanyak 20 kelab persatuan terlibat. Semua kelab dan persatuan [...]

Lawatan Pemantauan Pegawai JPN – Hari Pemakaian Baju Beruniform SK & SM di W.P. Labuan

Posted by Web Administrator on February 24, 2010 at 11:40 am

Lawatan pemantauan pegawai-pegawai JPN Labuan ke sekolah SM Sains LabuanĀ  bertujuan melihat pemakaian pakaian beruniform dalam kalangan guru dan murid-murid sekolah rendah dan menengah di Labuan. Sekolah Menengah Sains Labuan merupakan sekolah ke 19 yang dilawati oleh pegawai-pegawai dari jabatan pelajaran negeri.

Temasya Sukan Tahunan Sekolah 2010

Posted by Web Administrator on February 21, 2010 at 3:40 pm

Temasya sukan tahunan sekolah 2010 berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan temasya kali ini. Segala kelemahan dan kekurangan semasa menganjurkan temasya ini diharap dapat dijadikan iktibar di temasya akan datang. Tahniah kepada rumah temenggong atas kejayaan menjadi johan keseluruhan sukan; merentas desa, sukan tara dan sukan tahunan. Apapun, data keputusan rasmi [...]