Program Permata Kasih PETRONAS 2010
6 Mac – Program Permata Kasih Petronas 2010 telah berjaya dilangsungkan di Tiara Labuan Hotel dengan kerjasama pihak PETRONAS dan guru-guru SM Sains Labuan. Program komuniti Petronas kali ini telah memilih SM Sains Labaun sebagai komuniti yang dipilih.
Seramai 100 murid yang terdiri daripada 75 orang pelajar Projek Khas dan selebihnya berpendapatan rendah serta pemilik-pemilik biasiswa [...]
Perhimpunan ASPURA & ASPURI Bulan Februari 2010
Perhimpunan asrama yang pertama untuk bulan Februari. PK HEM dan para warden juga turut berhimpun dan memberi maklumat kepada pelajar mengenai asrama. Perlaksanaan 3K kelas dan dorm akan bermula mulai minggu depan. Justeru, semua pelajar diminta memastikan dorm dan kelas berada dalam keadaan bersih, kemas dan ceria.
Latihan ‘Mock Fire Drill’ ASPURA & ASPURI 2009 SMS Labuan
Sekolah Menengah Sains Labuan telah mengadakan latihan ‘mock fire drill‘ yang melibatkan penghuni Aspura dan Aspuri. Latihan ini adalah antara aktiviti yang melibatkan jawatankuasa keselamatan sekolah dan kerjasama pihak HEM serta pengurusan asrama sekolah dan juga pihak Bomba dan Penyelamat.
Latihan yang telah dirancang ini telah bermula dari jam 3 a.m. yang mana guru-guru, staf sokongan [...]
