Berita

Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh 2011

Posted by Web Administrator on September 4, 2010 at 5:59 am

Salam 1 Malaysia! Adalah dimaklumkan kepada semua pengunjung laman sesawang ini bahawa laman web SBP Online bagi urusan pemohonan kemasukan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2011 telah pun dibuka kepada semua bakal pelajar Tingkatan 1 & 4 mulai 1 September hingga 15 Oktober 2010. Kepada semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah tahun 6 [...]

Majlis Penyampaian Duit Raya serta Duit Ehsan & Majlis Bersalam-salaman

Posted by Web Administrator on September 3, 2010 at 10:44 am

Terima kasih kepada pemberi sumbangan duit raya untuk diberikan kepada para pelajar yang memerlukan. Diharap dengan sumbangan ini nanti para pelajar yang menerima dapat merasakan kegembiraan beraya dan juga meringankan beban keluarga. Pihak sekolah mengucapkan Selamat Bercuti Sekolah Bagi Pertengahan Semester 2. Semoga cuti sekolah dan juga cuti Hari Raya ini digunakan sepenuhnya bersama keluarga. [...]

Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Jama’ie 2010

Posted by Web Administrator on September 2, 2010 at 8:32 pm

Majlis khatam al-Quran dan majlis berbuka puasa bersama guru-guru serta ajk PIBG telah berlangsung dengan jayanya. Turut hadir pada majlis tersebut adalah AJK PIBG yang turut sama menyampaikan duit raya kepada para pelajar setelah selesai solat terawih di Dewan Samudera.

Larian LOFSA W.P Labuan 2010

Posted by kokum.smsl on August 19, 2010 at 8:47 pm

Pada 31 Julai 2010, SM Excel telah menghantar seramai 27 orang pelajar dan 5 orang guru untuk mewakili sekolah dalam acara larian LOFSA 2010. Mohd Nurherman Manan telah mendapat tempat ke-4 dalam acara larian tersebut dan memenangi wang tunai sebanyak RM250. Manakala semua peserta lain telah berjaya menamatkan larian LOFSA sejauh 8km tersebut dengan jayanya.

Perkhemahan Unit Beruniform SM Sains Labuan 2010

Posted by Web Administrator on July 12, 2010 at 2:17 pm

Bertempat di Pusat Kokurikulum (Puskowila) telah diadakan perkhemahan unit beruniform bagi murid-murid tingkatan 4. Perkhemahan ini bermula pada 2 hingga 4 Julai telah dirasmikan oleh Yang DiPertua PIBG, Puan Norliza pada hari terakhir penutupan perkhemahan. Tahniah kepada semua pelajar tingkatan 4 yang terlibat dalam perkhemahan pada tahun ini.