Promosi Sekolah SM Sains Labuan 2011
Pada 14 Oktober 2011 bertempat di Dewan Samudera, program Promosi Sekolah Menengah Sains Labuan berlangsung dengan menjemput murid-murid tahun enam seluruh Sekolah Rendah sekitar Labuan untuk hadir bersama guru dan penjaga ibu bapa bagi mendengar taklimat promosi tentang sekolah.
Sambutan yang begitu hangat daripada murid dan penjaga yang hadir seramai 150 orang mendengar taklimat promosi yang telah disampaikan oleh encik Samsuddin Mokhtar (GPK HEM). Program ini merupakan siri pertama yang dijalankan diperingkat WP Labuan dan program yang sama sebelum ini yang pernah diadakan di Ranau, Sabah merupakan kesinambungan daripada program tersebut.
Promosi kali ini juga turut mengetengahkan kumpulan Wind-Ochestra dan Kumpulan Seni Tari Sekolah. Semoga siri promosi ini akan dapat menarik warga SK di sekitar Labuan khususnya.


Semoga lebih ramai Pelajar SMSL akan datang, yang lebih BERKUALITI tinggi SAHSIAHnya.
[Balas]