Ditulis oleh Web Administrator dalam Info | 0 Komentar
Portal Pendidikan – www.1school4u.com
Sebuah laman portal pendidikan menerusi laman web one school for you yang boleh dilungsuri secara percuma alamat berikut – http://www.1school4u.com.
Kelebihan yang terdapat pada laman sesawang tersebut:-
- Jaringan Pendidikan (Education Network) – Fokus jaringan ini adalah kepada pendidikan di mana pelajar dapat berhubung dengan pelajar lain serta guru dalam membincangkan mengenai pelajaran.
- Ujian Online – Pelajar dapat menguji kefahaman mereka dalam pelajaran dengan mengambil ujian ringkas dan penuh secara atas talian dan keputusan ujian tersebut akan terus diberikan sebaik sahaja pelajar selesai menjalani ujian.
- Kumpulan belajar (Study Group) – Aplikasi ‘group’ bagi membolehkan pelajar dan guru membina kumpulan belajar mahupun menyertai salah satu kumpulan yang sedia ada bagi berkongsi serta mendapatkan penjelasan mengenai pelajaran.
- Borak (Chat) – Aplikasi ‘Chat’ ini, pelajar-pelajar dapat berbual bersama rakan-rakan mereka serta guru-guru mereka secara ‘real-time’ dalam membincangakn permasalahan pelajaran secara cepat.
- Aplikasi Sokongan – Pelbagai aplikasi sokongan yang lain juga boleh digunakan oleh pelajar-pelajar dan guru dalam memudahkan mereka mengikuti perkembangan rakan-rakan serta guru.
Adalah diharapkan portal pendidikan ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar dan guru dalam proses pembelajaran dan melahirkan pelajar yang cemerlang.











