Sep 4, 2010

Ditulis oleh dalam Berita, Featured Articles | 111 Komentar

Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh 2011


Salam 1 Malaysia!

Adalah dimaklumkan kepada semua pengunjung laman sesawang ini bahawa laman web SBP Online bagi urusan pemohonan kemasukan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2011 telah pun dibuka kepada semua bakal pelajar Tingkatan 1 & 4 mulai 1 September hingga 15 Oktober 2010.

Kepada semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah tahun 6 dan tingkatan 3 sesi persekolahan 2010 yang berminat untuk masuk ke Sekolah Menengah Sains Labuan tahun hadapan bolehlah mendaftar secara atas talian.

Permohonan atas talian boleh dilakukan dengan mengklik pada menu Aplikasi Atas Talian di sebelah kanan laman sesawang ini.

Sila ikuti arahan yang terdapat pada aplikasi serta semak permohonan tersebut dan hantar borang yang dicetak kepada sekolah pilihan.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

  • #sociablesite) *sociable* blogplay.com" data-url="http://www.smslabuan.edu.my/2010/09/kemasukan-ke-sekolah-berasrama-penuh-2011/" class="twitter-share-button" data-count="horizontal">Tweet
468 ad
  1. ray tinyclown says:

    kenapa cepat sangat tarikh tutupnya…?

    [Balas]

    amira Reply:

    betul tue….sye nk check pun x smpt….kalo mcm nie baik x yah pkai internet kalo nk semk kemasukn……………….tarikh ttp terlalu cpt…..

    [Balas]

    Web Administrator Reply:

    Untuk makluman, tarikh tutup permohonan kemasukan tersebut telah dua kali dilanjutkan. Surat perlanjutan pemohonan ada dimaklumkan di laman web KPM dan juga surat makluman ke sekolah-sekolah. Pihak sekolah juga turut memohonkan bagi murid yang layak.

    [Balas]

    ahmad Reply:

    salam..sye x smpat nk isi borang sbp kerana sye tahu sehari slps tarikh tutup permohonan ini…tp,saya sdh brusaha banyak kali utk msuk juga ke sbp…jd..sye harap impian saya ni dapat dibantu olek pihak berkenaan..saya sangat2 mahu msuk ke sbp ini…jd tolonglah sye..sya sngat2 berharap..saya mndapat 9A dlm pmr baru2 ini..tolong maklumkan scpt yg mungkin…sye sangat brharap ni..

    [Balas]

    khairul fahmi Reply:

    laaaaaa , sbr laa derr . SABAR SEPARUH FROM IMAN . ko daa brusha pn kan ? haaaaa , msti boleh pnyer . hmmmmmmmm , aq pn ltih gk nunggu niiiiiii. hishhhh ,mne paper nii , x sampai2 ag niii . perghhhhh

    [Balas]

  2. saya tak puas hati sekarang . Da hampir sejam saya mncari utk tAHU KEPUTUSAN ANAK SAYA KE ASRAMA . HESH !

    [Balas]

    amira Reply:

    sya x puas hati sbb dh byk kli sya on9 hye untk cri nie…..rupe2nye semkn dh ttp…………..

    [Balas]

    Web Administrator Reply:

    Harap bersabar. Proses pemilihan masih lagi dijalankan.

    [Balas]

    Nur Indah Reply:

    ya…saya pun..sama. Tiba-tiba je dah ada panggilan untuk interview dan ada result di PPD Hulu Langat.satu habuk surat pun x adaa dan orang yg banyak kroni dan anak ahli politik yg tidak mendapat keputusan sebera yg dapat.Malahan anak saya yg dapat 5A ,MUMTAZ sek agama, dan CMRLG dlm KOKO dan pernah menyertai tilawah prgkt daerah, negeri x dapat (anak warga pendidik lagi) tapi anak DR yg X seberapa pula yg dapat..padahal semua kriteria itu lah yg dikehendaki dlm SPBP.itulah realiti penipuan dan ketidak ketelusan penilai, yg menjadi pemimpin akhir zaman membuat pemilihan.tolong lah buat kerja dengan jujur dan seadil-adilnya, agar kita tidak dilaknati oleh allah….ya….ALLAh tolonglah beri pembelaan kepada kami yang terpedaya ini. SPRM juga tolong lah pantau JPS dan Kementerian ini…..

    [Balas]

    Hanafi Reply:

    Masyallah beri lah petunjuk kepada mereka yang sesat dan melakukan zalim (ketidakadilan)

    [Balas]

  3. ye lah knpe awl sngat tarikh ttupnye….

    [Balas]

    Web Administrator Reply:

    Lazimnya, permohonan akan ditutup sebelum peperiksaan UPSR berjalan. Juga, pihak KPM telah dua kali melanjutkan tempoh pemohonan ke SBP. Permohonan juga diurus oleh pihak sekolah khusus kepada murid yang layak.

    [Balas]

  4. saya menyarankan supaya kemasukan pelajar2 ke tingkatan satu yg berasrama penuh hendaklah ditetapkan…..
    sebagai contoh: anak saya masuk ke tingkatan satu SMA kemudian dia mendapat tawaran ke sekolah sain.

    masalahnya disini ialah kos yg terpaksa ditanggung oleh waris dalam yuran pendaftaran membebankan. (dua kali kosnya).

    [Balas]

    Web Administrator Reply:

    Tuan,
    Untuk makluman, kemasukan ke SMA bukan di bawah urusan Bahagian Sekolah Berasrama Penuh & Sekolah Kecemerlangan. Oleh sebab itu, tiada keselarasan dalam urusan tawaran kemasukan ke SBP, Sekolah Teknik, MRSM, SMKA, Sekolah Sukan ataupun Sekolah Harian (SMK). Pihak penjaga berhak menolak tawaran tersebut.Terpulang kepada penjaga untuk memilih.

    [Balas]

  5. blewr dpt tahu kputusan kemasukan ke SPB 2011?????

    [Balas]

  6. mcm mne nk tau keputusan kemasukan pelajar tingkatan 1 tahun ni??

    [Balas]

  7. salam…bila keputusan akan kluar?

    [Balas]

  8. noraini mohd says:

    saya nak tanya bila keputusan memasukkan ke sbp akan diumumkan?terima kasih..

    [Balas]

  9. bila keputusan kemasukkan pelajar ke tingkaTan 1 di umumkan?..plzz reply kan emel saya ek…

    [Balas]

  10. nur syaffa husna says:

    bila keputusan permohonan ke sbp nak dikeluarkan….

    [Balas]

  11. bla kputusan penawaran kemasukan ke tkt 1 akan diumumkan??

    [Balas]

  12. Untuk perhatian semua,

    Proses pemilihan dan juga penempatan bagi pemohon yang LAYAK masih lagi berjalan. Pengumuman penempatan akan diumumkan di laman web kementerian http://www.moe.gov.my dan surat tawaran penempatan akan dihantar kepada pemohon yang telah berjaya.

    Harap maklum.

    [Balas]

  13. boleh saya tahu bilakah tarikh keputusan kemasukan ke SBP tingkatan 1 dikeluarkan

    [Balas]

    Cikgu Ila Reply:

    Salam.Anak saya telahpun menerima surat twrn ke Sek.Men.Sains pada 20th Dec 2011.

    [Balas]

  14. bila keputusan permohonan ke sbp ni boleh di semak?

    [Balas]

  15. Mohammad Fadhilah says:

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Boleh saya tahu bila tarikh keputusan untuk memasuki Sekolah Menengah Sains tu?

    [Balas]

  16. RATNA INZAH says:

    nk tgk kputusan prmohonan cmne???????

    [Balas]

  17. ank saya memohon ke sm sains selangor… result kuar 11 Nov. temuduga pengmbln tktn 1 2011 dibuat pd 13 Nov…. atas asas apa calon dipanggil? result upsr pon x sempat anto ke sklh terbabit…..

    [Balas]

    Web Administrator Reply:

    Result murid boleh pihak Kementerian boleh semak di atas talian. Tak perlu hantar pun keputusan. Pelajar yang layak boleh untuk mengisi kouta pengambilan pengetua. Oleh sebab permohonan yang terlalu ramai, proses ini perlu dijalankan.

    [Balas]

  18. saya dah banyak kali check laman web kpm,bila tarikh sebenar keluar keputusan kemasukan ke tingkatan satu sbp….bahagian mana nak check….

    [Balas]

    Web Administrator Reply:

    http://apps.moe.gov.my/sbpt1/semakan_sbpt1
    Boleh di semak di situ.

    [Balas]

  19. A’kum, sya nk tnya. Kawan sya ada dpt srt twrn ke sekolah sains di perlis. Kpda sya yg x dpt nie nk kna buat rayuan ke? Nk buat kt mna?
    Hrp bls, trma ksh.

    [Balas]

    Web Administrator Reply:

    Sila buat rayuan di http://apps.moe.gov.my/sbpt1/semakan_sbpt1

    [Balas]

  20. sye dh tyr dh nk chek,tpi x thu,bagaimana nk chek yg sye dpat sekolah mne…

    [Balas]

  21. woiiiiiii….salam..bila result nak ke sbp dikeluarkan..aku xlarat nk bukak laptop dh nie..tolong la cepat please..jgn dok niayai kami..kmi letih dah ni..saya dapat 5a…

    [Balas]

    mizi Reply:

    adik…apala punya bahasa…macamana nak pi sbp..Kita x mau wujud insan yang yanga hanya intelek tapi kurang ………..

    [Balas]

    Web Administrator Reply:

    Macam mana nak jadi murid SBP ni?

    [Balas]

  22. bengong aizat says:

    saya dapat 5a..bila nak pi sbp…cepat la..sya aizat

    [Balas]

  23. abg handsome says:

    bila result pmr nak keluar…saia xlrat nk tnggu dah ni..kalu boleh cepat skit nk tahu dok sbp mna,,,,,adk saia yg suruh tulis..

    [Balas]

  24. Untuk makluman, hasil daripada mesyuarat pengetua-pengetua SBP beberapa hari yang lalu. Keputusan kemasukan boleh disemak pada 26 Disember 2010 andai tiada masalah yang berlaku.

    Harap maklum.

    [Balas]

    salmah Reply:

    Macam tu la. Terus beritahu tarikh sekali, kan senang. Sebagai Jabatan Kerajaan untuk membuat sesuatu kita mesti ada target. Jgn buat kerja, kalau tak siap hari ini, esok lusa masih ada. Skiranya kakitangan awam buat kerja tak ada target nya sendiri, mcm ini la jadi nya. Sedangkan ibubapa bribu ribu menunggu. Kalau stakat nak cakap ptengahan ataupun pghujung disember. sapa2 pun boleh cakap. org pun tak tnanti nanti. setiap manusia tak sama kdg2 ptengahan dia 15hb (yg betul), ada juga 16, 17, 18. Sebab masa temuduga dah dimaklumkan ptengahan disember keputusan kluar. Lambat nya tarikh ptengahan disember KPM.

    [Balas]

    nabilah Reply:

    laman web manakah yang perlu sy buka untuk mengetahuinya tentang permohonan sy ke sbp???

    [Balas]

    Web Administrator Reply:

    Boleh di semak di sini http://apps.moe.gov.my/sbpt1/semakan_sbpt1

    [Balas]

    zana Reply:

    terima kasih untuk info ni…boleh bagi link add tak, atau masuk ke website ni saja untuk semak?

    thanks

    [Balas]

  25. Assalamualaikum Bila keputusan kemasukan keasrama penuh diketahui. dah nak masuk sekolah

    [Balas]

  26. Anak saya mohon ke SMKA Labu. Bila keputusan keluar (dpt masuk ke sana?) jika tidak dapat, kpd pada pihak mana saya patut buat rayuan kalau bukan Bhg Pengurusan SPB & Sek Kecemerlangan?

    [Balas]

    Web Administrator Reply:

    Boleh buat e-Rayuan di http://apps.moe.gov.my/sbpt1/semakan_sbpt1

    [Balas]

  27. Keputusan asrama penuh boleh dilihat online bermula pada hr ni tapi keputusan utk anak saya amat mengecewakan sekali…dapat 5A, jadi tokoh murid di sekolah dan mewakili negeri untuk ko-kurikulum, menjadi pengawas etc.etc ..dah pergi pun interview TKC baru-baru ini tapi akhirnya jawapan amat mendukacitakan… saya rasa Kementerian amat tidak adil dalam pemilihan ini..

    [Balas]

  28. Nur Nabila Bt. Jamaulai says:

    assalam dan selamat sejahtera,saya di nama yang tertera ingin bertanya bila ya tawaran ke sbp akan dikeluarkan?

    [Balas]

  29. Sy dh check kptsn sbp. Tak dapat pun. Lain kali x pyh panggil interview, wasting money. Dah le tinggal jauh. Lain kali pilih aje x pyh panggil interview, buat orang mengharap saja

    [Balas]

  30. rohaya yusof says:

    Salam,

    saya amat2 berdukacita atas pemilihan anak2 ke asrama penuh. Setiap tahun ibu bapa terpaksa membuat rayuan demi rayuan dan pihak sekolah tidak dapat membantu dengan alasan ,”keputusan di tangan Kementerian”. Saya mempunyai 3 orang anak lelaki yg telah mendapat keputusan 5 A.Dari tahun 2004, kami terpaksa merayu dan merayu, tapi kesemuanya tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke asrama penuh. Adakah asrama penuh ini dikhaskan untuk ibu bapa yg bekerja dengan kerajaan sahaja? Atau adakah asrama penuh ini hanya untuk mereka yg “KENAL” sahaja. Harap pihak kementerian mempunyai sistem yg lebih sistematik dan janganlah di anak tirikan sesetengah sekolah di Wilayah Persekutuan ini. Masih ramai ibu bapa yg berkerja di bandar ini sekadar cukup untuk menampung hidup seharian. Berilah peluang yg sama rata tak kiralah dibandar atau di kampung.

    [Balas]

  31. As’Kum..

    Mcm Mane Nak Isi Borang Masuk Sekolah Asram Penuh?

    [Balas]

  32. nur farahin says:

    salam.,adik sy intan liyana baru mngambil keputisan pmr dia.,dn dia dh mndpt keptusn yg cermelng iaitu 8a dlm semua mta pelajaran.,jd sy minta sgt masih ada tempat di asrama penuh ini.,di minta dpt tolong ye.,..

    [Balas]

  33. selamat sejahtera. Kalau sekarang baru mahu buat permohonan boleh tak? kerana saya dah terlepas peluang nak isi borang hendak buat permohonan ke sekolah ini. Bagaimanakah cara untuk saya dapatkan borang prmohonan?

    [Balas]

  34. budak lepas pmr says:

    mcm mnenk isi borang kemasukn sbp 2011 utk tingkatan 4?

    [Balas]

  35. salam..sy nak tau mcm mna nk buat semakan kmsukan ke sbp bg tgktn 4 2011..??

    [Balas]

  36. safiah yusof says:

    Sehingga hari ini saya masih tidak dapat menyemak keputusan kemasukan ke tingkatan 4 sbpl. Saya semak setiap hari mulai 26hb December seperti yang dimaklumkan oleh pihak web administrator dalam ruangan soal jawab ini pada 20hb Dec. Harap pihak sbpl dapat maklumkan tarikh sebenar untuk semak kemasukan ke tingkatan 4 agar pihak ibubapa tidak terkeliru dan dapat membuat persediaan yang sepatutnya. Terima kasih.

    [Balas]

  37. mardiyani says:

    Assalamulaikum. Anak saya dapat 5A dlm UPSR yg lepas.Dipilih interview ke sebuah sekolah sains kat Pahang. Tapi tak dipilih bila semak online kemasukan ke SBP bulan lepas. Dah buat e-rayuan. Nak tau, bila tarikh sebenar utk semak rayuan tu. Dah letih dah hari2 buka internet. Terima kasih.

    [Balas]

    Web Administrator Reply:

    walaikumsalam puan. Proses ambilan pertama masih belum lagi selesai. Setelah proses ambilan pertama selesai, bagi murid yang menolak pada ambilan pertama nanti akan diganti dan kekosongan tersebut akan diisi pada ambilan kedua. Harap pengambilan pertama tidak penuh memandangkan tempat adalah terhad.

    [Balas]

  38. askum,saye nk tnye bile kputusan smakan kuar? saye dan plajar lain glisah mnunggu

    [Balas]

  39. oh ye, terlupa nk bgitau,saya plajar pmr dan ingin tahu tarikh kuar kputusan smakan tgktn 4 . dgn ini x prlulah saye mmbuka labtop stiap hari.

    [Balas]

  40. salam…saya nak tanya..bila keputusan kemasukan ke SBP / MRSM keluar??

    [Balas]

    Web Administrator Reply:

    Keputusan sudah boleh disemak untuk ke SBP. Tarikh masuk ambilan 1 tingkatan adalah pada 7/2/2011

    [Balas]

    Ad Reply:

    dekat mana ye nak semak keputusan untuk ke sbp tingkatan 4? saya cari tak jumpa pun.

    [Balas]

    ibu prihatin Reply:

    macamana nak semak? terima kasih.

    [Balas]

  41. assalamualaikum,sy pelajar lepasan PMR 2010.
    sy nak tanya,bile ea keputusan permohonan kemasukan ke SBP Tingkatan 4 2011?
    terima kasih :)

    [Balas]

    Web Administrator Reply:

    Result boleh disemak. Tarikh pendaftaran masuk ambilan 1 tingkatan 4 adalah pada 7/2/2011

    [Balas]

  42. assalamualaikum.saya lepasan pelajar pmr 2010.dan alhamdulillah saya mendapat 8A.bilakah result kemasukan pelajar tingkatan 4 ke sbp 2011 akn dimaklumkan.harap balas cepat ye.
    terima kasih

    [Balas]

    Web Administrator Reply:

    bagi murid yang telah memohon masuk. tidak jadi masalah untuk menyemak status kemasukan ke sbp melalui permohonan kemasukan dulu dan bagi yang dapat, surat tawaran pun ada telah diterima.

    [Balas]

    atiqah Reply:

    maaf.boleh saya tahu dimana boleh saya check status kemasukan sbp tesebur kerana saya dah melayari moe.tp hanya untuk pelajar tingkatn 1 sahaja.btw,terima kasih kerana sudi balas:)

    [Balas]

  43. safiah yusof says:

    Salam. Saya amat kecewa dengan pihak Web Administrator laman ini. Saya amat simpati dengan pelajar-pelajar untuk ke tingkatan 4 yang telah mengemukakan pertanyaan demi pertanyaan di ruangan ini tapi tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak Web Administrator. Terfikir juga apalah gunanya ruangan ini diwujudkan sebenarnya? SBP is obviously not sensitive and seems too proud to answer all the questions and would rather let the students waiting and even those yang takde access to internet perhaps have to waste their money to the cyber cafe to check on their application result. Adakah pihak SBP terfikir mengenai perkara ini? Sounds not. Please la…..be more responsible.

    [Balas]

    Web Administrator Reply:

    Wasalam.

    Untuk makluman, laman web ini adalah laman web sekolah. Rasanya, pelawat yang datang ke laman ini rata-ratanya sudah silap tanggapan dan beranggapan laman ini adalah laman kementerian atau laman sesawang bahagaian sekolah berasrama penuh. Justeru, tidak timbul isu tidak sensitif atau terlalu bangga untuk tidak menjawab persoalan di dalam laman blog ni. Pihak sekolah cuma menjawab berdasarkan maklumat yang dihantar dari pihak bahagian. Andaikata kata ada sebarang kekeliruan, boleh di tanya diajukan di http://www.moe.gov.my

    Bagi pelajar tingkatan 4 yang telah memohon sudah boleh tahu di mana untuk menyemak status permohonan mereka. Malah ada yang pelajar sudah menerima surat tawaran.

    [Balas]

    safiah yusof Reply:

    Salam.

    See, isn’t it nice to tell us such rather than berdiam diri and not answering even the simplest question posted by the students? At least now we know and tak payah nak buka laman web sbpl ni over and over and over again kan :-) Terima kasih atas jawapan. Much clearer now. Thank you.

    [Balas]

  44. farah hana says:

    salam, bila keputusan kemasukan sbp utk f4 keluar secara online??

    [Balas]

  45. little junior says:

    salam.~
    bila kemasukan ke sbp tingkatan 4 2011 ni dibuka?? saya sedang mnunggu.~

    [Balas]

  46. Nak tny, bila keputusan SBP ni keluar?

    [Balas]

  47. nk cek kat mn ek???

    [Balas]

  48. Assalamualaikum, boleh tanya ka ? bila keputusan panggilan kedua asrama penuh akan dibuat ?

    [Balas]

  49. Untuk Semakkan Kemasukan ke SBP bagi murid-murid tingkatan 4 2011 boleh di semak di sini:

    http://apps.moe.gov.my/sbpt4/semakan_sbpt4_2011/

    Selamat maju jaya!

    [Balas]

    farah hana Reply:

    untuk rayuan form 4 2011 pulak? Bile tarikhnya?

    [Balas]

Tinggalkan Komentar