Ditulis oleh kokum.smsl dalam Kokum | 0 Komentar
Pertandingan EXPLORACE Kelab & Persatuan SMSL 2010

Pada 30 Jun 2010, Unit Kokurikulum di bawah kelolaan Penyelaras Kelab dan Persatuan iaitu Pn. Asih Fathikin binti Sunarto dan penolong Penyelaras, Pn. Jurizah binti Jali telah menganjurkan Pertandingan Explorace 2010.
Tujuan pertandingan dianjurkan adalah untuk menguji dan meningkatkan daya fikiran yang tinggi dan kreativiti murid. Sebanyak 20 kelab persatuan terlibat. Semua kelab dan persatuan perlu menghantar 5 orang peserta. Sebanyak 8 stesen disediakan untuk menguji kecerdasan minda dan fizikal setiap pasukan telah ditempatkan di sekitar kawasan sekolah. Pertandingan yang bermula jam 1.45 petang – 5.00 petang berjalan dengan lancar. Berikut adalah keputusan pertandingan :
Johan
Kelab PRS – 293.24
Naib Johan
Kelab Lalulintas & Keselamatan – 287.34
Ketiga
Kelab Setia – ????281.99
Saguhati
Kelab Forum Remaja – 275.95











