Ditulis oleh Web Administrator dalam Aktiviti | 0 Komentar
Networking: Program Mentor-Mentee SMSL – SK Bebuloh

Pada 24 April 2010 Program Mentor-Mentee SMSL – SK Bebuloh siri 2 bersama dengan murid tahun 6 (mentee) yang dipilih oleh pihak SK Bebuloh telah datang ke Sekolah Sains Labuan bagi mengikuti sesi mentoring bersama murid tingkatan 4 Sekolah Menengah Sains Labuan untuk matapelajaran sains.

Program ini dijalankan untuk membantu murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi meningkatkan kecemerlangan akademik dan menarik minat mereka untuk belajar selain memberi dedahan kepada mereka mengenai suasana belajar di sekolah berasrama penuh.
Tahniah kepada mentor yang terlibat dalam program ini. Semoga usaha anda dalam membantu murid-murid SK Bebuloh ini diharap dapat mendorong mereka untuk lebih berusaha ke arah kecemerlangan.











