Apr 24, 2010

Ditulis oleh dalam Berita | 0 Komentar

Johan Keseluruhan Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTAQSS) 2010

Foto Berkumpulan Peserta MTAQSS 2010 Bersama Pengetua

Tahniah kepada para peserta MTAQSS sekolah yang telah berjaya membawa pulang piala pusingan buat kali ke-5, lima tahun berturut-turut serta menjadi johan keseluruhan bagi kategori sekolah menengah.

Pengetua menerima piala pusingan keseluruhan dari Pengarah JPN WPL

Pihak sekolah merakam ucapan tahniah kepada murid yang berjaya dalam pertandingan yang disertai. Tahniah dan syabas kepada panitia pendidikan agama Islam yang telah melatih para peserta walaupun sibuk dengan tanggungjawab lain.

Pada tahun ini pasukan sekolah telah mendapat:

  • Johan Tilawah al-Quran SM (Perempuan) : Sajaratul Aqira Hamidon (T5)
  • Johan Tahfiz al-Quran SM (Perempuan) : Nur Haziqah Jasnih (T3)
  • Naib Johan Tilawah al-Quran SM (Lelaki) : Ammar Nafis Azzad Addenan (T3)
  • Ketiga Tahfiz al-Quran SM (Lelaki) : Mohd Shah Fazdli Md Zain (T5)

Pun begitu, bagi acara Syarahan Agama SM, peserta sekolah tidak meraih apa-apa kedudukan. Justeru, kegagalan meraih kedudukan dalam acara ini diharap pada tahun mendatang peserta boleh melipat gandakan usaha untuk mengungguli acara ini.

Terus Perkasa!

468 ad

Tinggalkan Komentar