Program Permata Kasih PETRONAS 2010


6 Mac – Program Permata Kasih Petronas 2010 telah berjaya dilangsungkan di Tiara Labuan Hotel dengan kerjasama pihak PETRONAS dan guru-guru SM Sains Labuan. Program komuniti Petronas kali ini telah memilih SM Sains Labaun sebagai komuniti yang dipilih.

Seramai 100 murid yang terdiri daripada 75 orang pelajar Projek Khas dan selebihnya berpendapatan rendah serta pemilik-pemilik biasiswa lain telah mengikuti program Permata Kasih Petronas. Peserta program ini diberikan pelbagai program khusus untuk mereka seperti pengenalan perihal syarikat Petronas dan operasian syarikat tersebut di Sabah juga peluang kerjaya dan penajaan pelajaran oleh syarikat kepada murid-murid yang cemerlang dalam akademik. Malahan, slot team-building turut diadakan pada sebelah petang.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Petronas atas penajaan dan sumbangan kepada para peserta program. Diharap tahun mendatang program ini dapat diteruskan lagi.

Tags: , , , , , , , , ,

Sila tinggalkan komen