Nov 09
8
Sekolah Menengah Sains Labuan telah mengadakan latihan ‘mock fire drill‘ yang melibatkan penghuni Aspura dan Aspuri. Latihan ini adalah antara aktiviti yang melibatkan jawatankuasa keselamatan sekolah dan kerjasama pihak HEM serta pengurusan asrama sekolah dan juga pihak Bomba dan Penyelamat.
Latihan yang telah dirancang ini telah bermula dari jam 3 a.m. yang mana guru-guru, staf sokongan dan juga anggota bomba & penyelamat yang terlibat terlebih dahulu berkumpul di bilik Mutiara bagi sesi taklimat sepanjang latihan ‘Mock Fire Drill’ ini berlangsung. Pada jam 3.30 am semua yang terlibat telah bergerak ke aspura dan aspuri dan bersiap sedia memulakan latihan. Latihan ini yang diadakan secara mengejut tanpa pengetahuan murid boleh memberi pengalaman bermakna kepada mereka andai kata berlaku kebakaran di asrama.
Latihan ini selesai pada jam 5 a.m.